Antioxidant

Antioksida amat penting untuk membendung sel badan dari sebarang bentuk radikal bebas yang berpunca daripada radiasi dan pencemaran alam, yang boleh mengakibatkan pelbagai punca penyakit merbahaya.
 

Antioksida boleh dihasilkan oleh tubuh badan dengan sendirinya, namun ianya akan berkurangan apabila usia semakin meningkat. Sumber antioksida yang dimaksudkan termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E. Sumber antioksida terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan-makanan lain termasuklah kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan, termasuklah juga bawang hitam (black garlic)

SUMBER ANTIOKSIDA BLACK GARLIC?
 

Menurut tinjauan kritikal yang diterbitkan dalam Jurnal Analisis Makanan dan Dadah, bawang hitam (black garlic) menunjukkan aktiviti biologi yang lebih tinggi daripada bawang putih segar, termasuk sifat antioksidannya.
 

Semasa proses penapaian, allicin dalam bawang putih diubah menjadi sebatian antioksidan, termasuk alkaloid dan bioflavonoid. Walaupun bawang hitam (black garlic) perlahan-lahan dipanaskan pada suhu tertentu untuk tempoh masa yang panjanh, ia akan melalui proses penapaian yang menukarkan sebatian fitokimia.
 

Antioksidan yang muncul mempunyai keupayaan untuk mengawal isyarat sel dan mengurangkan keradangan. Selain itu, ianya mempunyai aktiviti neuroprotectif, antitrombogen, anti-diabetik dan anti-kanser